- HIKAYAT ABDULLAH
SINOPSIS
HIKAYAT ABDULLAH
Hikayat
Abdullah Munsyi
merupakan suatu penceritaan yang menggambarkan kehidupan penduduk negeri
Melaka. Keadaan ini berlaku dalam tahun 1800 hingga tahun 1840-an. Peristiwa
yang berlaku dialami, dilihat dan didengar
sendiri oleh Abdullah Munsyi (Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi).Hikayat Abdullah bukan berupa penulisan
sejarah atau politik yang tulin. Buku tersebut tidak membentangkan suatu
analisis sejarah yang mengesahkan pergolakan politik dan pemerintahan. Tiada
sebarang tarikh yang spesifik atau releven dimuatkan dalam kisah-kisah yang
dihuraikan oleh beliau.
Hikayat Abdullah mengandungi riwayat
hidup Abdullah, keturunan, perihal zaman kanak-kanak, zaman persekolahan, serta
minat dan latar belakang keluarga beliau. Namun semua itu hanya terkandung pada
permulaan hikayat ini sahaja iaitu sebagian kecil sahaja daripada penceritaan Hikayat Abdullah. Bagaimanapun,
sesetengah tokoh sastera atau sejarah berpendapat bahawa Hikayat Abdullah boleh diklasifikasikan sebagai sebuah penulisan
autobiografi.Sebahagian
besar yang dikisahkan di dalam Hikayat
Abdullah adalah berkaitan peristiwa harian terutamanya yang berkaitan
dengan perhubungan dan pengalaman Abdullah sendiri dengan orang-orang Inggeris,
iaitu para pegawai Inggeris yang bekerja di dalam kerajaan atau di luar
kerajaan, selain itu, penceritaan ini juga berhubungan tentang penduduk
tempatan dengan pemerintah. Oleh sebab itu, terdapat tokoh sastera yang berpendapat
kurang tepat jika menyifatkan buku tersebut sebagai autobiografi.
Dalam Hikayat Abdullah ini juga, Abdullah
sering menurunkan pemikiran dan falsafah beliau terhadap beberapa isi. Misalnya
berkenaan dengan bahasa Melayu, berkenaan sikap orang Melayu, kepandaian dan
teknologi orang Eropah, dan berkenaan sistem
pemerintahan Inggeris yang berteraskan undang-undang bertulis, keadilan
bersistem serta teratur. Hikayat ini juga
cuba memaparkan sejarah sosial pada zaman Abdullah Munsyi semasa beliau tinggal
di Melaka.
Pendekatan sejarah sosial ini cuba melihat sejarah bukan dari sudut pergolakan politik, tetapi lebih menumpukan sudut perhubungan dalam masyarakat. Antara aspek yang menjadi fokus ialah corak pergaulan dan adat resam, budaya serta perhubungan antara masyarakat, sistem ekonomi, pendidikan, sebutan dalam bahasa, corak pemikiran serta keupayaan masyarakat dan sebagainya. Rangkuman sosial ini juga meliputi perhubungan para penduduk dengan pihak pemerintah dalam sesuatu zaman. Oleh yang demikian, sudut sejarah sosial lebih bersifat neutral, tidak berat sebelah dan tidak prejudis. Sejarah sosial tidak dipengaruhi unsur ‘siapa yang benar, siapa yang salah’ kerana segala peristiwa yang telah berlaku itu, memang benar-benar berlaku, berpadanan dengan suasana persekitaran dan corak pemerintahan serta politik sezaman. Semua ini menjadi sebagian daripada apa yang dikatakan dan diakui sebagai fakta-fakta sejarah.Segala peristiwa yang dilihat, didengar dan dialami oleh beliau, iaitu kisah-kisah harian yang berlaku di Bandar Melaka sepanjang tempoh kira-kira dari tahun 1800 sehingga 1840, cuba dipaparkan di dalam hikayat ini.
Pendekatan sejarah sosial ini cuba melihat sejarah bukan dari sudut pergolakan politik, tetapi lebih menumpukan sudut perhubungan dalam masyarakat. Antara aspek yang menjadi fokus ialah corak pergaulan dan adat resam, budaya serta perhubungan antara masyarakat, sistem ekonomi, pendidikan, sebutan dalam bahasa, corak pemikiran serta keupayaan masyarakat dan sebagainya. Rangkuman sosial ini juga meliputi perhubungan para penduduk dengan pihak pemerintah dalam sesuatu zaman. Oleh yang demikian, sudut sejarah sosial lebih bersifat neutral, tidak berat sebelah dan tidak prejudis. Sejarah sosial tidak dipengaruhi unsur ‘siapa yang benar, siapa yang salah’ kerana segala peristiwa yang telah berlaku itu, memang benar-benar berlaku, berpadanan dengan suasana persekitaran dan corak pemerintahan serta politik sezaman. Semua ini menjadi sebagian daripada apa yang dikatakan dan diakui sebagai fakta-fakta sejarah.Segala peristiwa yang dilihat, didengar dan dialami oleh beliau, iaitu kisah-kisah harian yang berlaku di Bandar Melaka sepanjang tempoh kira-kira dari tahun 1800 sehingga 1840, cuba dipaparkan di dalam hikayat ini.
- SYAIR KEN TAMBUHAN
SINOPSIS SYAIR KEN TAMBUHAN
Syair Ken Tambuhan ini mengisahkan
tentang seorang puteri jelita bernama Ken Tambuhan atau nama asalnya ialah
Puteri Puspa Kencana yang telah menjadi tawanan kepada Raja Kuripan. Pertemuan
pertamanya dengan Raden Menteri bermula sewaktu wira tersebut cuba mendapatkan
burung yang dipanahnya. Ken Tambuhan terpengaruh dengan pujuk rayu Raden
Menteri sehinggalah hubungan mereka tidak disenangi oleh Permaisuri. Palebaya
telah diperintahkan oleh Permaisuri supaya membunuh Ken Tambuhan sewaktu Raden
Menteri keluar mencari menjangan atau rusa idaman Permaisuri di dalam hutan.
Ken Tambuhan telah dibunuh bersama dua orang inangnya dan mayat mereka telah diletakkan di atas sebuah rakit yang ditaburi bunga
angsana lalu dihanyutkan ke sungai.
Rakit
tersebut telah ditemui oleh Raden Menteri. Baginda sangat sedih dan disebabkan
rasa cintanya yang amat kental, Raden Menteri telah membunuh dirinya sendiri.
Berita sedih ini sampai kepada pengetahuan Raja dan Permaisuri. Seluruh negara
berkabung di atas peristiwa tersebut. Raja yang murka terhadap Permaisuri telah
menghalau Permaisuri keluar dari istana serta dihukum menjaga anjing perburuan.
Raja terus menjalani pertapaan, dan usaha tersebut telah menarik minat
dewa-dewa untuk menghidupkan kembali Ken Tambuhan dan Raden Menteri. Dengan
bantuan Seri Betara, kedua-duanya telah dihidupkan kembali dengan menggunakan
bunga Gandapura Wangi kepunyaan Bidadari Sugarba. Kegembiraan terus
menyelubungi istana dan tersebar luas
hingga ke Daha. Ratu Daha datang berkunjung ke Kuripan. Kedua-dua raja bertemu
lalu terbongkarlah rahsia bahawa Ken Tambuhan sebenarnya ialah puteri kepada
Ratu Daha. Akhirnya, mereka hidup gembira dan Raden Menteri dirajakan untuk
memerintah kedua-dua negeri, iaitu Kuripan dan Daha.
SINOPSIS HIKAYAT HANG TUAH
- SULALATUS SALATIN
SINOPSIS SULALATUS SALATIN
Sulalatus Salatin menceritakan tentang raja-raja Melaka seramai sepuluh orang yang
memerintah Melaka. Tun Seri Lanang menceritakan seorang demi seorang daripada
Melaka mencapai zaman kegemilangan hinggalah Melaka menuju zaman kejatuhannya.
Pada cerita terakhir dikisahkan angkatan Peringgi yang diketuai oleh Alfonso
d’Albuquerque menyerang Melaka. Akhirnya Melaka tewas kepada Peringgi dan
menyebabkan Sultan Mahmud lari ke negeri Pahang. Sulalatus Salatin memaparkan 34
kisah yang meyingkap mengenai pemerintahan Melayu Melaka dan kisah-kisah yang
boleh dijadikan ikhtibar oleh masyarakat Melayu. Kisah-kisah yang diceritakan
dalam buku ini bercampur aduk di antara perkara yang betul-betul benar dan
mitos-mitos yang dipercayai oleh masyarakat Melayu. Contohnya perkara yang
betul-betul benar adalah mengenai zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
dan perkara-perkara mitos pula ialah mengenai tulah raja. Tulah raja yang
ditulis hanyalah mitos dan perkara mengenai tulah ini di tulis supaya rakyat
akan akan takut kepada raja dan seterusnya mereka akan patuh dan taat kepada
perintah raja
Peristiwa yang
berlaku di dalam Sulalatus Salatin ini berkisarkan tentang latar tempat
yang luas dan tempoh waktu yang agak panjang. Latar tempat yang diceritakan di
dalam Hikayat Sejarah Melayu ini tidak hanya berfokus di negeri Melaka
semata-mata malahan turut berlaku di tempat-tempat lain seperti Majapahit,
Siam, China,Keling dan sebagainya. Manakala latar
masa perkembangan cerita di dalam hikayat ini juga mengambil masa yang lama
iaitu melebihi seratus tahun. Ianya bermula dari awal zaman pembukaan negeri
Melaka sehinggalah negeri Melaka jatuh ke tangan Feringgi pada tahun
1511.Pengkisahan yang berlaku adalah di sekitar raja-raja Melayu bertujuan
untuk menggambarkan kedudukan dan kebesaran raja-raja Melayu Melaka yang
memerintah dan keagungan yang diperintah oleh mereka.
- HIKAYAT HANG TUAH
SINOPSIS HIKAYAT HANG TUAH
Hikayat ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Hang Tuah, anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merdu. Merekat tinggal di Sungai Duyung. Pada saat itu, semua penduduk di Sungai Duyung telah mendengar mendengar cerita tentang kebaikan Raja Bintan terhadap rakyatnya. Lantas, Hang Mahmud mengajak isterinya, Dang Merdu untuk berhijrah ke sana kerana kehidupan mereka yang miskin bagi mendapatkan peluang pekerjaan dan menjalani hidup yang lebih baik lagi di Bintan. Pada malam harinya, Hang Mahmud telah bermimpi bulan turun dari langit dan cahayanya bersinar penuh di atas kepala Hang Tuah.
Semasa berumur sepuluh tahun, Hang Tuah bersahabat baik dengan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka digelar “Lima Sahabat”. Semasa Hang Tuah dan sahabatnya belayar ke Pulau Tinggi, mereka telah terserempak dengan sekumpulan lanun. Mereka telah diserang oleh lanun tersebut dan mereka telah berjaya mengalahkan lanun-lanun tesebut. Hang Tuah lima sahabat telah berguru dengan Aria Putera di Bukit Panchalusa selama tujuh hari. Setelah itu, mereka perlu meneruskan perguruan mereka dengan Sang Persata Nala di Gunung Wirana, Majapahit apabila berumur 23 tahun. Sifat kepahlawanan Hang Tuah mula terserlah apabila Hang Tuah berjaya membunuh orang mengamuk yang cuba membunuh Bendahara. Oleh kerana keberanian Hang Tuah dan sahabatnya membunuh pengamuk itu, mereka telah dilantik menjadi Biduanda Raja.
Kegagahan dan keperkasaan semakin jelas diperlihatkan apabila Hang Tuah berjaya mengalahkan Taming Sari ketika membawa rombongan meminang Puteri Majapahit iaitu Raden Mas Ayu. Taming Sari merupakan pahlawan yang handal dan terbilang di Majapahit. Taming Sari berjaya dikalahkan oleh Hang Tuah yang berjaya menukarkan keris Taming Sari dengan kerisnya dengan menggunakan tipu helah. Hang Tuah telah dikurniakan gelaran Laksamana dan diberi kuasa untuk memerintah Sungai Jemaja.
Peristiwa pembunuhan Hang Tuah telah menimbulkan kemarahan Hang Jebat. Hang Jebat bertindak menderhaka kepada Sultan untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Beberapa hulubalang telah diperintahkan untuk membunuh Hang Jebat tetapi gagal. Oleh itu, bendahara telah menceritakan hal sebenarnya dan Hang Tuah telah dipanggil balik daripada tempat persembunyiannya. Akhirnya terjadilah pertikaman antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Dengan tipu helah, akhirnya Hang Tuah telah berjaya membunuh Hang Jebat.
- HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI
SINOPSIS
HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI
Hikayat Raja
Pasai bermula dengan kisah dua orang raja yang bersaudara, iaitu Raja Ahmad dan
Raja Muhammad. Pada awalnya, mereka ingin membuka negeri di Samarlangga. Ketika
menebas hutan untuk membuka negeri, Raja Muhammad telah menemui seorang
kanak-kanak perempuan dari sebuah pokok buluh. Lalu dia mengambil kanak-kanak
itu, dan menjadikannya sebagai anaknya sendiri. Kanak-kanak itu dinamakan
Puteri Betung. Raja Ahmad pula mendapat seorang anak lelaki yang dijaga oleh
seekor gajah. Anak lelaki itu dinamakan Merah Gajah. Setelah dewasa, Puteri
Betung dan Merah Gajah dinikahkan. Mereka mendapat dua orang anak lelaki yang
diberi nama Merah Silau dan Merah Hasum.
Pada suatu hari, Merah Gajah melihat sehelai rambut Puteri
Betung yang berwarna emas. Dia meminta untuk mencabut rambut itu dari Puteri
Betung tetapi Puteri Betung tidak mengizinkannya. Namun demikian, Merah Gajah
tetap mencabut rambut itu ketika Puteri Betung sedang tidur. Akibat daripada
perbuatan itu, keluarlah darah putih dari kepala Puteri Betung kemudian beliau
meninggal dunia. Apabila diketahui oleh Raja Muhammad, baginda sangat marah
lalu membunuh Merah Gajah. Apabila Raja Ahmad mengetahui bahawa anaknya
dibunuh, baginda terus melancarkan perang terhadap Raja Muhammad. Akhirnya,
kedua-dua raja tersebut menemui ajal dalam peperangan tersebut.
Setelah perang selesai, Merah Silau dan Merah Hasum
bersepakat untuk meninggalkan negeri Samarlangga dan berniat untuk membuka
negeri lain. Merah Silu membuka negeri Samudera. Setelah diislamkan, Merah
Silau menukar namanya menjadi Malikul Saleh. Baginda kemudiannya mengahwini
puteri Sultan Perlak, iaitu Puteri Ganggang. Daripada perkahwinan itu, lahir
seorang anak lelaki yang diberi nama Malikul Tahir. Tampuk pemerintahan diambil
alih pula oleh Malikul Tahil. Setelah baginda mangkat, kedua putera Malikul
Tahir iaitu Malikul Mahmud dan Malikul Mansur yang mengambil alih tugas
bapanya. Malikul Mahmud memerintah Samudera manakala Malikul Mansur memerintah
negeri Pasai. Setelah Malikul Mahmud mangkat, takhta kerajaan jatuh ke tangan
puteranya, Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Pemerintah negeri Pasai diakhiri
oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal kerana berlakunya zaman kejatuhan Pasai.
No comments:
Post a Comment