Tuesday 21 May 2013

Tokoh-tokoh Pengarang Karya Agung

MUNSYI ABDULLAH

Munsyi Abdullah

Biografi Munsyi ABdullah

•Nama : Abdullah Bin Abdul Kadir
•Nama gelaran : Munsyi Abdullah
•Keturunan: India Muslim berketurunan Arab
•Tempat kelahiran: Kampung Pali, Melaka (1976)
•Bilangan adik-beradik: Anak bongsu daripada empat adik – beradik
•Bahasa yang dikuasai: Melayu, Arab, Tamil, Hindustan, Inggeris.
•Pekerjaan: penulis, penterjemahan buku, guru
•Meninggal dunia di Jeddah (1845).

                                                  Negeri Kelahiran Munsyi Abdullah

Kerjaya Munsyi Abdullah
•Beliau mula berkerja dengan bapanya iaitu menolong bapanya menyalin dokumen- dokumen  penting.
•Berkerja sebagai pentafsir dan jurutulis kepada Sir Stamford Raffles.
•Membantu  Paderi Thomson dan Milne menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu.
Pernah menjadi guru bahasa Melayu kepada askar Inggeris berketurunan India.
Pernah memangku jawatan pengetua di Anglo-Chinese College ketika Paderi Thomson pulang bercuti di England.
Beliau juga telah mentafsirkan cerita-cerita turun-temurun agama Hindu.

Latar Belakang Pendidikan
•Munsyi Abdullah diberi pendidikan membaca dan menulis sejak berusia tujuh tahun.
•Beliau diajar mengaji Al-Quran  dan tulisan jawi serta tatabahasa  Melayu oleh
bapanya sendiri.Ketegasan ayahnya menggesa beliau belajar  menjadi faktor  yang
menyebabkannya suka kepada pelajaran atau menuntut ilmu.

Karya yang Dihasilkan
•Syair Singapura Terbakar (1830)
•Kisah Pelayaran Abdullah (1838)
•Hikayat Abdullah (1849)
•Dewa-ul-kulub (1883)
•Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah (1920)


TUN SERI LANANG



Biografi Tun Seri Lanang

Nama sebenarnya ialah Tun Muhamad bin Tun Ahmad. Beliau telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Batu Sawar, Johor pada tahun 1565. Hidup pada akhir abad ke-17. Tun Sri Lanang merupakan anak kepada Paduka Temenggung Ahmad dan ibunya bernama Tun Ganggang. Beliau  berketurunan Bendahara Melaka dan Johor Lama pada abad ke-14. Oleh  sebab itu, beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam sejarah pertuanan Melaka dan Johor Kebolehan itu mendorong beliau mengarang. 

Ketika menjawat jawatan sebagai Bendahara, beliau memakai gelaran Paduka Raja III. Beliau menjadi Bendahara Johor pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1570-1579). Beliau telah mangkat pada tahun 1659 di Lancok dan telah dimakamkan di sana. Pada waktu itu, beliau telah berjaya menjadikan negeri Samalanga sebagai sebuah pusat penyebaran agama Islam di timur Aceh dan sehingga kini pun kawasan tersebut masih lagi menjadi tumpuan bagi sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu agama. 

Ketokohan Seri Lanang

Keunikan karya ini terserlah melalui penggunaan unsur dogengan yang meliputi mitos dan legenda serta fakta sejarah yang bertujuan mengangkat martabat dan keagungan penaungnya. Selain itu, unsur suspen, humor dan metafora (kiasan) diadun rapi sehingga memperlihatkan ketokohan dan kebijaksanaan beliau sebagai seorang pengarang unggul di zamannya.
      Menurut Suzana Hj. Othman (2008), Sulalatus Salatin merupakan sebuah manuskrip yang sering menjadi perhatian dan fokus  dan perbahasan para penyelidik kerana dalam gedung kepustakaan Melayu, Sulalatus Salatin tetap diakui sebagai karya Melayu yang terpenting dan terbesar dalam karya klasik Melayu yang lain sama seperti Hikayat Pasai, Hikayat Aceh, Tuhfat Al-Nafis dan Hikayat Patani.
       Sulalatus Salatin lebih dikenali sebagai Malay Annals di Barat. Karya ini tergolong di dalam genre sastera sejarah dan dianggap terulung, teristimewa dan unik dalam perbendaharaan warisan kesusasteraan Melayu tradisional. Keistimewaan karya ini terserlah melalui 29 versi yang tersimpan di beberapa institusi seluruh dunia merangkumi 12 di Belanda, 11 di United Kingdom, 5 di Indonesia serta satu di Russia. 
       Pengolahan jalan cerita Sulalatus Salatin membuktikan bahawa Tun Seri Lanang sememangnya seorang tokoh bangsawan  yang hidup dalam kalangan istana, berpengetahuan mendalam tentang kaedah pemerintahan, peraturan-peraturan sosial, agama dan adat istiadat. Beliau juga mampu membawa pembaca khususnya generasi yang kemudian untuk mengambil pedoman, iktibar dan tauladan daripadanya.
   Selain itu, penggunaan unsur-unsur formal dan intelektual yang diadun dalam gaya bahasa yang halus, indah, tinggi, kadang-kadang diselang selikan dengan istilah-istilah Arab, Sanskrit dan Parsi dalam pengarangan Sulalatus Salatin telah berjaya menghasilkan rentak irama yang harmonis tanpa berkrompomi dalam memberikan ilustrasi yang jelas kepada persepsi pembaca. Perkara ini menjadikan karya Sulalatus Salatin sebagai suatu ciptaan yang tinggi mutunya dan mempunyai nilai kesusasteraan yang tinggi.

Karya Tun Seri Lanang

  1. Sulalatus Salatin
  2. Sejarah Melayu




Sumber: Sulalatus Salatin

                 Tun Seri Lanang


No comments:

Post a Comment

hak cipta terpelihara karyaagungmelayu13.blogspot.com